Miskin bukan alasan tidak boleh jadi Jutawan!!!

Kemiskinan itu sememangnya memeritkan.Kita akan sentiasa dihina,dicaci dan dibenci.Namun,itu bukan alasan tidak boleh menjadi jutawan.Saya sering mendengar orang berkata “Aku ni dah miskin macam ni mana boleh jadi jutawan.Memang dah nasib aku jadi macam ni”.Kalau itu yang anda fikirkan bermakna anda silap.

Saidina Ali bin Abu Talib pernah berkata,”Seandainya kemiskinan itu sejenis makhluk,pasti aku penggal lehernya dengan pedangku ini.”Maksud Saidina Ali adalah,setiap kemiskinan dan kesusahan pasti ada penyelesaiannya.Jika dipenggal leher kemiskinan itu,sudah tentu tidak ada kemiskinan bagi anda.Apa yang penting anda perlu mencari penyelesaian kepada kemiskinan anda.

Jadi renunglah kembali.Fikirlah sebagaimana jutawan berfikir.Bagaimana mereka dari papa menjadi kaya.Baiklah setakat itu sahaja untuk hari ini.Sekian wasalam….

2 comments November 17, 2006

Tahniah kepada pelajar2 UPSR!!!!

Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar2 yang berjaya mendapat 5A didalam UPSR.Saya berasa amat bersyukur kerana adik saya juga berjaya dapat 5A.Sekarang ni tgh tunggu keputusan PSRA die.

Kepada mereka yang tidak berjaya,jangan sedih.Ada hikmah semua ni.Mungkin PMR dengan SPM nanti boleh skor.Hai,nampaknya tinggal saya je yang menantikan keputusan PMR saya ni.Rasa berdebar-debar la pulak.Mintak tolong Doakanlah saya…..Hehe sekian…

Add comment November 17, 2006

Tingkatkan Sekuriti PC anda!!!

Baiklah,topik hari ini adalah cara-cara untuk meningkatkan sekuriti pc anda.Saya tahu ramai yang sudah mempunyai antivirus di dalam komputer mereka.Namun itu masih tidak mencukupi.Biar saya jelaskan sesuatu.Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu antivirus,dua firewall dan dua antispyware di dalam pc anda.

Mengapa?Ini kerana setiap database antispyware itu adalah berbeza dan adalah lebih baik menggunakan dua antispyware kerana ia dapat meningkatkan spyware,adware detection anda.

Bagi produk Antispyware saya cadangkan yang berikut:

  1. Spyware Doctor
  2. Webroot SpySweeper

Bagi Firewall pula saya cadangkan anda menggunakan Zone Alarm yang lengkap dengan Antivirus dan Antispyware.Firewall kedua terpulang kepada anda.

Kita pergi kepada antivirus pula.Saya tahu ramai yang menggunakan produk seperti Norton Antivirus,McAfee dan sebagainya.Saya akan terangkan sesuatu tentang McAfee dan Norton.Norton sememangnya mempunyai virus database yang sangat besar.Namun terdapat beberapa kelemahan yang ketara.Antaranya ialah:

  1. Terlalu heavy dan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan scanning
  2. Walaupun mempunyai virus database yang besar,namun kurang database tentang trojan
  3. Tidak dapat membuang virus yang write protected

McAfee pula mempunyai database yang setara untuk virus,trojan dan worm.Berikut saya terangkan kelemahannya:

  1. Virus database yang biasa dan tidak dapat mengenalpasti jenis virus yang baru
  2. scanning yang lambat
  3. Terlalu heavy

Bagi saya anda boleh menggunakan antivirus yang lebih mudah tetapi mempunyai virus database yang besar seperti:

  1. AVG Antivirus
  2. Kaspersky
  3. Bitdefender
  4. Macam2 lagi la.

Baiklah setakat itu sahajalah kali ini.Saya harap anda dapat manfaatkan informasi ini.Sekian

P/S:Kalau anda ada menerima attachment dan ragu2 tentang file itu anda bolehlah scan file itu di sini

Add comment November 16, 2006

Bidvertiser bakal menggantikan Adsense!!

Assalamualaikum,topik yang saya nak bincangkan hari ni adalah tentang pay per click terbaru iaitu Bidvertiser.Seperti yang sedia maklum,Bidvertiser menawarkan lebih kebebasan kerana anda mempunyai dua pilihan dalam mengeluarkan duit di dalam akaun anda sama ada melalui paypal atau cek berbanding adsense yang hanya menggunakan cek.

Bayaran minimum bagi mengeluarkan duit melalui paypal adalah serendah $10.Iklan yang disiarkan juga merupakan iklan yang tinggi harganya.Saya ada juga menggunakan adsense,namun tidak mustahil jika bidvertiser ini mampu untuk menggantikan Adsense di masa akan datang.Apa lagi,mari kita sama2 guna bidvertiser.

Make money from your Website or Blog with BidVertiser

2 comments November 15, 2006

Next Posts


Laman

Top Posts

kategori

Blogroll

Kiriman Terbaru

Komen terbaru

hosting murah pada Hosting $1 sebulan?….Mur…
KKCafe pada 7 Tips meninggikan trafik…
kaiba910 pada Selamat Tinggal Semua!!!
soulof99 pada Selamat Tinggal Semua!!!
Maizul pada Selamat Tinggal Semua!!!

 

November 2009
I S R K J S A
« Dis    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib

Sponsored link


Text Link Ads

Blog Stats