Posts filed under 'Panduan'
7 Tips meninggikan trafik website
Apa khabar semua,ini tips yang baru saya dapat dari kawan.Dia bagi dalam bahasa inggeris jadi saya terjemahkan je.
7 tips meninggikan trafik website adalah:
1)Tulis artikel atau laporan percuma untuk webmaster yang lain bagi dipamerkan di laman web mereka.Selitkan url website anda di dalam artikel tersebut.
2)Letakkan url ke laman web anda pada signature email anda.Setiap kali anda menghantar email,anda secara tidak langsung dapat mempromosi laman web anda.
3)Exchange links bersama webmaster yang lain.Ini merupakan cara yang sangat effektif
4)Submitka laman web anda pada setiap enjin pencari seperti google,yahoo dan MSN.
5)Selalulah komen pada blog orang lain.Ini kerana anda secara tidak langsung dapat meninggalkan backlink.Kebanyakan sistem komen membenarkan anda meninggalkan backlink.
6)Letakkan url ke laman web anda pada signature anda di setiap forum yang anda sertai.Pastikan anda sentiasa aktif di dalam forum tersebut.
7) Gunakan Flyers bagi mempromosi laman web anda(Ini saya tambah.)
Hehe….Maklumat mahal ni.Harap-harap ni dapat membantu…
1 comment November 21, 2006
Panduan Beriklan Menggunakan Flyers!!!
Ramai yang berkata bahawa beriklan menggunakan Flyers tidak mendatangkan kesan.Bagi saya,itu adalah salah.Beriklan menggunakan Flyers masih boleh dijadikan Alternatif.Bagi memastikan Flyers anda dibaca oleh pelanggan anda,anda perlulah bersikap kreatif semasa membuat flyers tersebut.Berikut adalah beberapa tips yang ingin saya kongsi jikalau anda ingin menggunakan Flyers bagi beriklan:
1)Gunakan kertas yang berwarna
Selalunya Flyers yang kita terima menggunakan kertas putih.Bagi saya,apabila saya ternampak flyers sebegitu,hilang selera saya nak membacanya.Bagi menarik minat prospek anda,anda perlulah menggunakan kertas berwarna.
2)Tanyakan soalan
Ini adalah salah satu daripada tips Dr. Irfan Khairi.Letakkan soalan2 yang berkaitan dengan masalah mereka.Contoh,jika anda menjual produk mengurangkan berat badan,anda bolehlah tulis seperti ini “Anda risau tentang berat badan anda?”.Apabila pelanggan membaca soalan itu,sudah tentu mereka akan lebih berminat untuk melihat Flyers anda memandangkan anda menawarkan cara untuk menyelesaikan masalah mereka.
3)Jangan terus Promosi produk
Jangan terus mempromosikan produk anda.Sebaliknya,selitkan sedikit maklumat berkaitan dengan masalah mereka itu.Kemudian barulah anda tawarkan cara penyelesaiannya iaitu dengan membeli produk anda.
Sekian sahaja untuk topik “Panduan Beriklan Menggunakan Flyers”.Moga anda semua dapat memanfaatkan maklumat ini.
p/s:ada sapa2 boleh ajar macam mana nak masukkan emoticon?
Add comment November 20, 2006
Cara Terbaik untuk buka akaun Adsense
Adsense merupakan program Pay Per Click(PPC) yang akan membayar anda bagi memaparkan iklan mereka.Google akan membayar anda bagi setiap klik pada iklan yang dipaparkan.Tapi ingat,anda tidak boleh sekali-kali mengklik pada iklan sendiri atau Google akan menyenarai hitamkan anda.
Bagi mereka yang belum ada akaun Adsense bolehlah mula mendaftar.Namun,tidak semua pendaftaran diterima Google.Anda perlu mempunyai website yang mempunyai content yang baik.Baiklah saya akan berkongsi cara membuka akaun Adsense dengan anda.Tip ni berharga RM200 tapi saya bagi percuma je.
Baiklah,Google mempunyai sistem bloggingnya sendiri iaitu Blogger.com.Anda create account di blogger.com.Log in dan tulis beberapa artikel.Kemudian anda pergi ke bahagian template dan klik pada Adsense.Dari situ anda bolehlah mendaftarkan akaun google adsense.
Jikalau anda melakukan pendaftaran melalui blogger.com,peluang anda untuk mendapat akaun Adsense adalah tinggi.Jadi tunggu apa lagi,bagi mereka yang belum membuka akaun bolehlah bukanya sekarang.
Hehe…Sekian,wasalam…
Add comment November 19, 2006

