Archive for November 2006
Selamat Tinggal Semua!!!
Kepada pembaca setia blog saya,blog kaiba910 akan berpindah ke www.kaiba910.com/blog pada minggu hadapan.Kami akan berpindah kepada domain dan hosting berbayar.Segala maklumat dan post-post disini kami akan cuba ambil sebanyak yang kami mampu.Jadi supportlah blog kaiba910.
4 comments November 28, 2006
E-book Easy Affiliate dari Labanon
Kepada pembaca blog saya ni,saya nak perkenalkan e-book terbaru kepada anda.E-book “Easy Affiliate” ini merupakan karya Labanon(nama samaran).E-book ini menerangkan tentang panduan menginstallkan script Affiliate seperti Pro Affiliate.E-book ini adalah sesuai bagi mereka yang ingin memulakan program Affiliate sendiri tetapi tidak tahu di mana hendak bermula.

Panduan yang ditulis oleh Labanon ini sememangnya mudah,simple dan “straight forward”.Panduan beliau ini langsung tidak memerlukan anda mengubahsuai kod2 html dan php yang sememangnya rumit.Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk “set-up” program Affiliate sendiri bolehlah membeli e-book ini sebagai panduan.
Dapatkan E-book ini dengan harga promosi sekarang!!Harga promosi hanya terhad kepada 20 pembeli terawal.
Add comment November 26, 2006
Hosting $1 sebulan?….Murah Tu!!!!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya.Semasa sedang berceloteh dalam sebuah forum,saya ternampak satu thread tentang hosting yang murah.Saya cube2 check thread tu.Oh!Rupe2nye ada hosting murah yang ditawarkan.Apa lagi saya pun bergegas ke laman webnya.Anda boleh lihat di laman webnya iaitu di onewebspace.com.
Saya sendiri telah melihat pakej hosting yang ditawarkan.Harganya memang menarik cuma $1 sahaja sebulan.Jadi kepada mereka yang tercari-cari hosting murah bolehlah mencuba hosting ini.
P/S:Cikguonline,xnak test hosting ni ke?
5 comments November 23, 2006
Software Affiliate Percuma Untuk Anda!!
Dalam post kali ni tak banyak saya nak cakap.Baiklah,kepada sesiapa yang nak start affiliate program sendiri bolehlah guna software ni.Percuma dan nampak hebat.Memperkenalkan “JROX.COM Affiliate Manager“.

Walaupun software ini percuma,namun dia mempunyai semua fungsi.Tapi die cume hadkan untuk 250 orang affiliate je la.Walauapapun download la sekarang sebelum mereka tamatkan servis percuma mereka.
Add comment November 23, 2006
Rumah Masuk Perompak!!!
Hello kawan-kawan,ni ada beberapa peringatan saya nak bagi.Hari ni,rumah jiran saya telah dimasuki perompak.Nasib baik takde sape-sape yang cedera.Saya dah datang rumah jiran saya tu dan tengok keadaannya.Habis semua barang digeledah.Laptop dengan barang kemas semua habis kene sapu.
Jadi saya nak nasihatkan semua,berhati-hati ye.Sekarang ni ramai orang menganggur.”Desperate” sangat nak duit sampai sanggup buat ape saje.
5 comments November 22, 2006
7 Tips meninggikan trafik website
Apa khabar semua,ini tips yang baru saya dapat dari kawan.Dia bagi dalam bahasa inggeris jadi saya terjemahkan je.
7 tips meninggikan trafik website adalah:
1)Tulis artikel atau laporan percuma untuk webmaster yang lain bagi dipamerkan di laman web mereka.Selitkan url website anda di dalam artikel tersebut.
2)Letakkan url ke laman web anda pada signature email anda.Setiap kali anda menghantar email,anda secara tidak langsung dapat mempromosi laman web anda.
3)Exchange links bersama webmaster yang lain.Ini merupakan cara yang sangat effektif
4)Submitka laman web anda pada setiap enjin pencari seperti google,yahoo dan MSN.
5)Selalulah komen pada blog orang lain.Ini kerana anda secara tidak langsung dapat meninggalkan backlink.Kebanyakan sistem komen membenarkan anda meninggalkan backlink.
6)Letakkan url ke laman web anda pada signature anda di setiap forum yang anda sertai.Pastikan anda sentiasa aktif di dalam forum tersebut.
7) Gunakan Flyers bagi mempromosi laman web anda(Ini saya tambah.)
Hehe….Maklumat mahal ni.Harap-harap ni dapat membantu…
1 comment November 21, 2006
Panduan Beriklan Menggunakan Flyers!!!
Ramai yang berkata bahawa beriklan menggunakan Flyers tidak mendatangkan kesan.Bagi saya,itu adalah salah.Beriklan menggunakan Flyers masih boleh dijadikan Alternatif.Bagi memastikan Flyers anda dibaca oleh pelanggan anda,anda perlulah bersikap kreatif semasa membuat flyers tersebut.Berikut adalah beberapa tips yang ingin saya kongsi jikalau anda ingin menggunakan Flyers bagi beriklan:
1)Gunakan kertas yang berwarna
Selalunya Flyers yang kita terima menggunakan kertas putih.Bagi saya,apabila saya ternampak flyers sebegitu,hilang selera saya nak membacanya.Bagi menarik minat prospek anda,anda perlulah menggunakan kertas berwarna.
2)Tanyakan soalan
Ini adalah salah satu daripada tips Dr. Irfan Khairi.Letakkan soalan2 yang berkaitan dengan masalah mereka.Contoh,jika anda menjual produk mengurangkan berat badan,anda bolehlah tulis seperti ini “Anda risau tentang berat badan anda?”.Apabila pelanggan membaca soalan itu,sudah tentu mereka akan lebih berminat untuk melihat Flyers anda memandangkan anda menawarkan cara untuk menyelesaikan masalah mereka.
3)Jangan terus Promosi produk
Jangan terus mempromosikan produk anda.Sebaliknya,selitkan sedikit maklumat berkaitan dengan masalah mereka itu.Kemudian barulah anda tawarkan cara penyelesaiannya iaitu dengan membeli produk anda.
Sekian sahaja untuk topik “Panduan Beriklan Menggunakan Flyers”.Moga anda semua dapat memanfaatkan maklumat ini.
p/s:ada sapa2 boleh ajar macam mana nak masukkan emoticon?
Add comment November 20, 2006
Anak Muda Malaysia Harumkan Nama Negara
Seorang anak muda dari Malaysia,Najmil Faiz Mohamed Aris telah mengharumkan nama negara apabila beliau memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect pada tahun yang lalu.Hasil ciptaan beliau iaitu sejenis nano yang boleh mengurangkan geseran dan kehausan terhadap peralatan dalam sektor perkilangan sekaligus telah membantu menjimatkan berbillion ringgit.
Jadi saya rasa amat bangga kerana seorang demi seorang orang dari Malaysia mengharumkan nama negara.Kita ni kalau dapat jadi jutawan internet,bukan sahaja nama negara harum,orang-orang miskin pun kita dapat tolong.
Hehe…sekian saja buat masa ni.Ambik la iktibar ye…
Add comment November 19, 2006
Cara Terbaik untuk buka akaun Adsense
Adsense merupakan program Pay Per Click(PPC) yang akan membayar anda bagi memaparkan iklan mereka.Google akan membayar anda bagi setiap klik pada iklan yang dipaparkan.Tapi ingat,anda tidak boleh sekali-kali mengklik pada iklan sendiri atau Google akan menyenarai hitamkan anda.
Bagi mereka yang belum ada akaun Adsense bolehlah mula mendaftar.Namun,tidak semua pendaftaran diterima Google.Anda perlu mempunyai website yang mempunyai content yang baik.Baiklah saya akan berkongsi cara membuka akaun Adsense dengan anda.Tip ni berharga RM200 tapi saya bagi percuma je.
Baiklah,Google mempunyai sistem bloggingnya sendiri iaitu Blogger.com.Anda create account di blogger.com.Log in dan tulis beberapa artikel.Kemudian anda pergi ke bahagian template dan klik pada Adsense.Dari situ anda bolehlah mendaftarkan akaun google adsense.
Jikalau anda melakukan pendaftaran melalui blogger.com,peluang anda untuk mendapat akaun Adsense adalah tinggi.Jadi tunggu apa lagi,bagi mereka yang belum membuka akaun bolehlah bukanya sekarang.
Hehe…Sekian,wasalam…
Add comment November 19, 2006
Miskin bukan alasan tidak boleh jadi Jutawan!!!
Kemiskinan itu sememangnya memeritkan.Kita akan sentiasa dihina,dicaci dan dibenci.Namun,itu bukan alasan tidak boleh menjadi jutawan.Saya sering mendengar orang berkata “Aku ni dah miskin macam ni mana boleh jadi jutawan.Memang dah nasib aku jadi macam ni”.Kalau itu yang anda fikirkan bermakna anda silap.
Saidina Ali bin Abu Talib pernah berkata,”Seandainya kemiskinan itu sejenis makhluk,pasti aku penggal lehernya dengan pedangku ini.”Maksud Saidina Ali adalah,setiap kemiskinan dan kesusahan pasti ada penyelesaiannya.Jika dipenggal leher kemiskinan itu,sudah tentu tidak ada kemiskinan bagi anda.Apa yang penting anda perlu mencari penyelesaian kepada kemiskinan anda.
Jadi renunglah kembali.Fikirlah sebagaimana jutawan berfikir.Bagaimana mereka dari papa menjadi kaya.Baiklah setakat itu sahaja untuk hari ini.Sekian wasalam….
2 comments November 17, 2006

